Program Rujukan M EXPLORE

Tempoh Kempen

Tidak Berkenaan

Product

Pembiayaan Peribadi-i

Category

  1. Individu
  2. Bukan Individu

Kelayakan

  1. Individu
  • Warganegara Malaysia.
  • Individu berumur 18 tahun dan keatas.
  • Mesti mempunyai akaun simpanan atau akaun semasa dengan MBSB Bank untuk tujuan pembayaran Insentif Program.
  • Perlu melakukan Pendaftaran Program sebelum memberikan sebarang Pelanggan Baharu Berpotensi kepada MBSB Bank. Dokumen pendaftaran yang diperlukan adalah seperti berikut:
    • Salinan Mykad Perujuk.
    • Borang Pendaftaran Program Rujukan M Explore yang lengkap dan  hendaklah diperakui oleh kakitangan MBSB Bank yang diberi kuasa.
  1. Bukan Individu
  • Badan yang diperbadankan/berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Agensi Kerajaan dan pelbagai sektor swasta, perkongsian, persatuan, perbadanan, korporatif, kelab dan lain-lain.
  • Mesti membuka akaun simpanan atau akaun semasa dengan MBSB Bank untuk tujuan pembayaran Insentif Program.
  • Perlu melakukan pendaftaran Program sebelum memberikan sebarang Pelanggan Baharu Berpotensi kepada MBSB Bank. Dokumen pendaftaran yang diperlukan adalah seperti berikut:
    • Surat Pelantikan Penandatangan Yang Diberi Kuasa.
    • Salinan Penandatangan Sah MyKad.
    • Borang Pendaftaran Program Perujuk M EXPLORE yang lengkap dan hendaklah diperakui oleh kakitangan MBSB Bank yang diberi kuasa.

Nota: Bagi setiap Pelanggan Baharu Berpotensi yang dirujuk, Perujuk dikehendaki menyerahkan Borang Persetujuan Program Rujukan M EXPLORE yang lengkap kepada Penasihat Kewangan yang telah ditetapkan kepada Perujuk masing-masing atau melalui Sistem Pengurusan Rujukan (RMS).

Insentif Program

  • Kadar Insentif Program yang perlu dibayar ialah 0.7% * (termasuk mana-mana cukai kerajaan, jika berkenaan) atau mana-mana kadar lain yang ditentukan oleh Bank dari masa ke semasa, daripada jumlah Pembiayaan Peribadi-i yang dikeluarkan.

Contoh:

Amaun Pembiayaan Dibayar (RM) Jumlah Insentif Diterima (RM)
400,000 2,800

*Terpakai untuk Pelanggan Baharu Berpotensi sahaja

  • Bayaran Insentif Program akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan atau akaun semasa MBSB Bank Perujuk pada bulan berikutnya.

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan, sila e-mel kami di: PFi_MExplore@mbsbbank.com atau hubungi pegawai kami:

Afdzal Saharudin +603 7455 8131
Nornadiahton Noor Azmi +603 7455 8144
Ros Nadia Burhan +603 7455 8140
Kuganandan Anbalagan +603 7455 8731

Muat Turun Dokumen

Borang Pendaftaran Program Perujuk M Explore Untuk Individu Dan Bukan Individu Borang Persetujuan Program Perujuk M Explore Untuk Individu Dan Bukan Individu Terma dan Syarat Risalah